Image hosted by Photobucket.com
   
++ Sembang2++
   

   



Kunjungan

Tetamu



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, June 23, 2005
++SpeciaL eNtRy++

MEMO : TAZKIRAH DAN MAJLIS PERPISAHAN

Adalah dimaklumkan bahawa majlis perpisahan sempena perletakkan jawatan Miss X pada 30 jun 2005 dan Miss Y (aku ler tue :p)) pada 27 jun 2005 serta Mr. Z, pelajar Universiti Malaysia Sabah yang akan menamatkan latihan praktikal (Kursus Multimedia) pada 25 Jun 2005 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 24 Jun 2005 (Jumaat)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Bilik Gerakan **** Wilayah Selatan


Dengan keluarnyer MEMO nie, maka dengan ini secara rasminyer aku seperti nama diatas hehehe, tidak akan lagi bergelar staf **** berkuatkuasa pada 27 Jun 2005. sob sob..sedey tau….hampir 5 tahun keje sini. Dah serasi dengan gelagat semua staf. Dah macam family pung. But yelaaa…kenkadang kiter perlu buat satu keputusan yang terbaik bagaimana untuk mengubah cara kehidupan kiter demi masa depan kan?? Xkan masih nak dok di takuk lama kan? So, I hope this is my best dicision!.

Adalah dimaklumkan juga bahawa dengan resign nyer aku kat sini, bermakna blog ini juga akan terus sunyi sepi. Sebagaimana nama blog ini sendiri, ianyer akan terus terpinggir dari sebarang N3, komen dan sebarang balasan tagboard dari aku a.k.a tuan punyer blog!. huhuhu.



SpeCIAl rEgARDs!

Buat akak cayunk, thank you so much!. Thanx coz akak orang pertama yang memperkenalkan dunia blog ni kpd kiter. Akak juga sebenarnyer menjadi ‘tulang belakang’ kpd blog ini sendiri. Setiap perjalanan, jatuh bangun kadang2 tak bangun :p blog ini, akak sentiasa ikuti. Walaupun kenkadang sampai sebulan xder N3 baru…but, rasa suka dan gembira bila tengok nama akak sentiasa memenuhi ruang tagboard. Thanx coz susah payah mencari idea untuk design semula blog nie. Thanx di atas semua komen2 yang diberikan untuk setiap N3. Thanx 4 everything lah..senang citer. hihihihi.

Buat kak Ayaka...akak selalu bagi perangsang kpd kiter. Walaupun jarang tinggal jejak, but kiter selalu rasa yang akak sentiasa wujud!. Thanx coz selalu menghiburkan hati kiter dengan usikan2 nakal akak tue :p Sker sgt baca celoteh akak tiap kali msk ke blog akak. Telatah Aqilah yang mencuit hati...pasnie entah plak dapat tengok gambar dak tomei tue lagi. Huhuhu. Thanx 4 everything jugak lah. Ekekekeke.

Dan buat satu2nyer ‘jantan macho’ sat gi perasan ler tue :p nie, May. Kalau nak cakap tengkiuk 4 ebiting ajer bleh dak?? Ekekeke. Sebenarnyer awak pun banyak gak ajar benda yang kiter tak tau. Contohnyer camner nak masukkan gambar but siryesly, sampai skrg still failed! Hahaha. Pastu ajar camner nak delete coding yang tak diperlukan. Pastu… errrr ajar per gi erk?? Emmm..tue jer kot? Hihi. Btw, tengkiuk gak kat awak :p Lagi…mekasih kat saper2 yang penah mai datang singgah blog nie. Xder yang menarik pun kat sini. Huhuhu.Anyway thank you gak ler coz sudi mai..tenkiu..tenkiu…

And lastly…nak minta maaf kat sesaper yang der terasa ati..terjauh ati..terkecik ati..termakan ati...tulang..ginjal..paru2..bla bla blaaa. Mungkin der gurauan or kata2 yang menguris perasaan. As human…takder yang terlepas dari buat salah ayat wajib nie. Mungkin diluar sedar, kiter dah melukakan hati sesaper. Nak2 bila tengah marah. Ntah aper2 yang kuar. So, kalau der ayat2 yang terlepas kata tue..sorry la erk?? Sorry..sorry...sorry.. Sorry 4 everything! WERLD!!! Sekian, mecih!.MUahahahaha.


Siap pada 02:46 pm | beraper komen? (6) |

Thursday, June 02, 2005
++ciTeR buDak kEna kuRunG dLm oPis++

Start dari minggu lepas dah rajin sikit nak buat overtime. Bukan tak penah ot sebelum nie. Ot gak tapi kejap jerk, kul 5.30 dah balik. 2,3 menjak nie jerk rajin nor ot lebih sikit dari beser. Kenkadang sampai mlm. Tapi bukan aku sorang. Giler weiiii nk dok opis nie sensorang memlm.

Wokeh, nak citer sikit pasal opis aku nie. Lari dari tajuk sat erk..hihi. Dulu opis nie asalnya kilang kain. Tapi C*D* beli tapak nie then di renovate semula jadi ler opis tempat aku keje sekarang nie. Masa mula2 dulu..memang opis nie ‘keras’ sikit. Macam2 gangguan. Nak2 plak tapak bekas kilang. Maklum dah lama terbiar sebelum diambil alih C*D*. 3 tahun lepas sorang staff kena kacau. Ader ‘benda’ ikut dia sampai ke rumah. Memalam tak bleh tido…meracau-racau. 2 minggu tak datang keje. Tapi alhamdulillah dah ok mak dia antar pi berubat. Sorang ustaz dipanggil utk ‘pagar’ kawasan opis nie. Ustaz tue kater opis nie mmg dah jadi ‘rumah’ makhluk ghaib. Dia tak bleh nak halau sumer ‘benda’ tue dan sampai sekarang nie pun masih ader. Tapi dah kurang sikit berbanding dulu. Kenkadang kitaorang dok tingkat atas tue tak semena2 dengar pintu toilet macam der orang bukak n tutup. Dengar orang naik tangga, bila tgk xder orang plak. Macam2 lagi la. Tapi kitaorang wat xtaw jer la. Yelah, kalau tunjuk sangat takut, lagi lah ‘benda’ tue suka kacau. So buat derk je la. ENOUGH! Abis kat situ latar belakang opis aku. hehe

Sebenarnyer aku nak citer pasal kejadian petang semalam. Citernyer mcm nie..aku ngan 2,3 lagi kawan dok wat overtime. Biase arrr opis besar bila dah tinggal 2,3 kerat tue rasa sunyi benor. So nak ilang boring kami bukak sumer lampu takot sebenornyer hihi then bukak radio kuat2. Baru syok sikit nak buat keje. Hehe. Aku ngan sorang lagi kwn wat keje kat dalam. Yang lg sorang tue sker wat keje kat kaunter. Tgh syok2 wat keje, pak guard masuk. Tapi dia tak pegi kat meja kitaorang. Cuma masuk nak kunci pintu yang memisahkan opis aku ngan opis sebelah. Dah tue dia kuar. Yang kitaorg nie pun buat tak reti jer la then teruskan buat keje cam beser. Tup2 kawan aku cakap pak guard tadi dah kunci siap mangga pintu depan [pintu utama]. Astaga! Dia tak nampak ker kitaorang tercongok buat keje?? Kalau tak perasaan kitaorang pun, sekurang2nyer perasaan ler sikit lampu terang benderang, radio yang melalak. Tak kan dia tak nak tutup?? Geram batoi aku. Hangin satu badan. Kebetulan plak masa tue kawan aku yg dok kaunter tue naik atas pi solat. Itu yang dia tak perasan ader orang lagi kat dalam opis. Tapi kalau ikut lojik,tak kan dia tak perasan langsung? Sedangkan masa dia masuk kitaorang bleh nampak, tak kan dia tak nampak kitaorang?? Isyhhh bengang tahap cipan aku kat guard tue. Nyusahkan orang!.

Nasib baik teringat ader pintu belakang. Dan nasib baik gak pintu tue hanya bleh dikunci dari dalam. Kalau pintu tue bleh kunci dari luar, alamatnyer bermalam kat opis arr kami sumer. Sengal punyer pak guard!. Nanti…nak cakap kat CC. Bior dia kena pecat! Muahahahahaha

p/s: Pak guard tue bukan taraf orang dah pencen tue. But masih muda cam budak2 jerk. Kalau dah tua bleh arr dimaafkan. Ini muda belia lagik. Agaknyer dia takot kot?? mesti dia ingat radio yang dipasang tue terpasang sendiri kot?? ekekekeke.


Siap pada 01:13 pm | beraper komen? (5) |

Wednesday, June 01, 2005
++tuAn sEteriKa pLak dEmam..but Xmoh mKn uBat :p++

Tekak dah perit, dah start selesema n batuk. Sok2 kompom demam huhuhu. Pagi tadi cam malas2 jerk nk bangun pegi keje. Syok wooo kalau dapat tido lelama skit. Nikmat sungguh! tiada tandingan! hehe. Dalam kemalasan yang mencengkam dan menusuk ke kalbu chewahh! cam poyo2 jerk :p gagahkan gak badan nie untuk bangun. Rasanyer tak nak cecah lantai bilik air tue. Sejukkkkkkkkkkkkkk!!! Ekekekeke.
Sampai jerk opis, member dah siap kuarkan sambil kicap nak cicah ngan mangga. PErghhhh! pantang toi arr nengok buah mangga, xbleh tahannnn! Siap offer diri nak tolong kopek. Huhuhu. Pepagi dah melantak asam. Cik Aziz lalu jerk "uihhhh noor, pepagi dah mkn asam. Camner nak gemok? Dulu saya pun mcm Noor, tp doktor suruh kurangkan mkn menda masam sebab dia kater asam tue akan makan lemak dalam badan kiter". Hehe betoi gak tue. Orang lama kalau dah bercakap,abis sumer tip dia kuarkan :p

Uwaaaaaa....batuk n selesema makin menjadi2 nie.Malas nk pegi klinik lg dah. Nanti ntah aper lagi doktor nk komen. Asal nampak muka nie jer nk bebel. Ari tue siap cakap "awak nie dalam sebulan baper kali nak sakit ek?" huhu badan underwater doktor.Terkejut beruk plak kalau aku cakap macam tue nanti. Ekekeke. Ubat ari tue pun blom abis lagi. La nie nak tambah lagik stok ubat. Malas ah!.

Yang penting sekali, besok balik kampungggggggggggggg!! yey yeahhhhh balik kampung yey! Windunyer my mom! Adik aku dah jadi anak dara pung. Sedar tak sedar jek dia dah besor. *dah bleh tawen deq! :p* Ekekeke. Alahaiiii..cam lambat benor masa berjalan. Tak sabor nak nunggu sok...


Siap pada 02:04 pm | beraper komen? (6) |

Next Page
   
++Who Me?++
   
Nama
#DeqNoor#
D.o.B
# (03rd November)#
Location
##

   
++ Motivasi ++
   


" JANGAN CARI GENG MACAM 'GLASIER' COZ APABILA PANAS IA AKAN MENGANGKUT SEMUA BAHAN2 DAN AKAN DITINGGALKAN DI KAKI2 BUKIT. SISA INI DIPANGGIL.. TALUS!!


   
++ Lagu ++
   

Alleycats
Andainya Aku Pergi Dulu

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga


   
++ KawaN ++
   

++ Kak Ana ++
++ Kak Ayaka ++
++ Kak MeLy ++
++ Kak Ngah ++
++ Kak Nina ++
++ Kak Shah ++
++ May ++
++eMy++

   
++Kalendar++
   
<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

   
++ Memori ++